Minuman yang memabukkan
Firman Allah :
Ertinya : “Mereka akan
brtanya kepadamu dari hal arak dan judi. Katakanlah bahawa kedua-dua perkara
itu dosa yang besar dan ada juga manfaat bagi manusia. Akan tetapi dosa
keduanya lebih besar dari manfaat.” (surah
al-Baqarah :219)
Dalam surah yang lain pula,Allah berfirman :
Ertinya “Wahai
orang-orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, sembelihan bagi persembahan
berhala dan menenung nasib itu kotor serta dari amalan syaitan. Oleh
itu,jauhilah semuanya agar kamu mendapat kejayaan”. (surah al-Maidah : 90)
Arak merupakan sesuatu yang kotor dan tidak sesuai dikaitkan
dengan benda-benda yang baik lagi
halal.Syaitan telah menggunakan arak serta minuman yang memabukkan untuk
merosakkan manusia dan menimbulkan permusuhan.
Pengakuan Barat
Barat adalah satu bangsa yang maju di abad ini.Mereka maju
dalam semua segi.Namun begitu,di sebalik kemajuan yang mereka kecapi,mereka
telah terbelenggu dengan masalah yang mereka cipta sendiri iaitu arak.Seorang
doctor yang terkenal bernama Dr. Krill pernah berkata dalam bukunya ‘Manusia Itu Bodoh’
“Walaupun kita
berusaha untuk menghapuskan penyakit, namun begitu,tempat yang hilang telah
digantikan dengan penyakit yang membawa kepada kemusnahan dan keruntuhan
akhlak.Terlalu ramai orang dihinggapi penyakit yang berkaitan dengan otak.Semua
ini adalah kesan arak dan benda-benda yang memabukkan.
Comments
Post a Comment