Lautan yang Gelap
Manusia tidak mampu menyelam di laut dengan kedalaman di bawah 40
meter tanpa peralatan khusus. Dalam sebuah buku berjudul Oceans juga
dijelaskan, pada kedalaman 200 meter hamper tidak dijumpai cahaya, sedangkan
pada kedalaman 1000 meter tidak terdapat cahaya sama sekali.
Al-Quran menyebut
perihal kegelapan yang wujud dalam lautan.Firman-Nya :
Ertinya:Atau seperti gelap gelita di lautan yang
dalam ; dilitupi oleh ombak yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi)
awan, gelap gelita yang bertindih-lapis. (surah al-Nur 24:40)
Profesor Dorja Rao
seorang pakar berkenaan lautan menegaskan:
“Pada zaman dahulu manusia hanya mampu menyelam
hingga kedalaman 20 meter sahaj kerana tidak ada kelengkapan atau peralatan
menyelam.Kini kita dapat menyelam lebih jauh ke dasar lautan kerana peralatan
yang serba canggih.Pada kedalaman 200 meter dari permukaan laut ternyata
keadaannya amat gelap.”
Hal ini berpunca
daripada perubahan spectrum cahaya yang terdiri daripada tujuh warna (merah,jingga,kuning,hijau,biru,nila
dan ungu),mempengaruhi tahap kegelapan di dalam air lautan.Warna pertama yang
hilang ialah warna merah disusuli warna jingga,kuning dan akhir sekali warna
ungu yang terjadi pada kedalaman 200 meter.
Ayat wahyu ini sudah 13
kurun dibacakan.Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w yang bukan seorang penyelam
dan bukan pelaut mengetahui ilmu mengenai laut sedang manusia di dunia ini
tidak mengetahuinya kecuali selepas tahun 1900? Professor Rao berkata selepas
disoal dengan soalan yang menyentuh bidang kepakarannya:
“Agar sukar untuk membayangkan maklumat
sedemikian wujud sejak 1400 tahun lalu.Barangkali mereka ada beberapa idea
singkat tentang beberapa perkara, bagaimanapun untuk menerangkan
perkara-perkara tersebut secara terperinci amat sukar.Justeru, ini sudah pasti
bukan ilmu seorang manusia biasa.Seorang manusia biasa tidak dapat menjelaskan
fenomena yang sebegini lengkap.Oleh itu, saya fikir maklumat ini datangnya dari
sumber yang luar biasa.”
Comments
Post a Comment